KERAJAAN KERAJAAN MELAYU
- KERAJAAN MELAKA
pengasasan kesultanan Melaka
1. Selepas kejatuhan kerajaan Srivijaya di Palembang, muncul kerajaan Majapahit.
2. Majapahit kuasai Palembang dan Temasik.3. Raja Palembang & puteranya(Parameswara) berusaha bebaskan penguasaan Majapahit di Palembang
4. Majapahit menyerang Palembang,
5. Parameswara berundur ke Temasik.
6. Di Temasik, Parameswara disambut baik Temagi
7. Temasik di bawah naungan Siam.
8. Parameswara menuntut hak pertuanan Temasik kerana Temasik pernah jadi naungan Srivijaya.
9. Parameswara bunuh Temagi.
10. Majukan Temasik bagi kembalikan kegemilangan Srivijaya
11. Pembunuhan Temagi menyebabkan :
i. Siam ingin menuntut bela,
ii. Majapahit ingin menakluki Temasik.
12. Parameswara dan Orang Laut berpindah ke Muar untuk mengelakkan serangan Siam dan Majapahit.13. Dari Muar – ke Sening Ujung dan Bertam menuju ke utara.
14. Tiba di perkampungan nelayan.
15. Perkampungan nelayan didiami oleh orang Melayu,, Orang Laut dan Orang Asli.
16. Tempat sesuai kerana berhampiran laut – laluan kapal dagang dan mudah memperoleh bekalan air
17. Muka bumi berbukit-bukau – petunjuk kpd pelayar & memudahkan urusan mengawal Selat Melaka.
18. Pokok bakau dan api-api menjadi benteng jadi.pertahanan dan pelindung semula
19. Muara sungai yang terlindung daripada tiupan angin monsun tidak mengganggu kegiatan perdagangan
perkembangan politik dan pemerintahan Melaka pada tahap awal
1. Meletakkan sultan sebagai kuasa tertinggi.
2. Beberapa jawatan diwujudkan untuk memudahkan urusan pentadbiran seperti Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung, Syahbandar dan Laksamana.
3. Tamadun Islam - Konsep ÂdevarajaÊ yang mempunyai pegangan politik dan lambang kedaulatan raja-raja tempatan telah digantikan dengan konsep khalifatullah Raja tidak dianggap sebagai penjelmaan dewa-dewa Hindu tetapi merupakan khalifah Allah yang bertanggungjawab memakmurkan bumi.
4. Mengadakan hubungan diplomatik dengan negara luar.Contohnya, Kerajaan China bagi mengukuhkan kedudukannya.
5. Undang-undang Kesultanan Melayu Melaka. Pada masa ini , terdapat dua jenis undang-undang iaitu:
(a) Hukum Kanun Melaka
(b) Undang-undang Laut Melaka
Undang-undang ini diwarisi sejak turun-temurun, sama ada dalam bentuk lisan atau tulisan. Kedua-dua undang-undang ini menerima banyak pengaruh atau unsur-unsur adat tempatan dan Hindu. Nama lain bagi Hukum Kanun Melaka ialah Risalat Hukum Kanun dan Undang-undang Darat Melaka. Naskhah asal hukum kanun ini mengandungi 19 fasal, kemudian bertambah kepada 22 fasal dan seterusnya bertambah kepada 44 fasal.
Undang-undang Laut Melaka juga dikenali sebagai Adat Pelayaran Melaka, Hukum Undang-undang Laut dan Kitab Peraturan Pelayaran. Ia mengandungi 24 bab. Undang-undang ini diadakan untuk mengatur kehidupan masyarakat Melaka pada waktu itu, sama ada di darat atau di laut.
Melaka sebagai sebuah kerajaan agung
Kerajaan Melayu Melaka yang mencapai zaman kegemilangan pada kurun ke-15 Masihi terkenal di seluruh dunia sebagai:
1. Sebuah empayar yang besar dan kukuh dari segi pemerintahan, ketenteraan, kawalan jajahan dan undang-undang Empayar Melaka dikatakan meliputi hampir keseluruhan Semenanjung Tanah Melayu, sebahagian timur Sumatera dan Kepulauan Riau Lingga.
2. Pusat perdagangan dunia Melaka menjadi pusat pertembungan semua
saudagar Timur dan Barat, misalnya dari Negara China, India, Timur Tengah, Asia Timur dan Kepulauan Melayu.
3. Pusat penyebaran agama Islam Melaka menjadi tumpuan pendakwah-
pendakwah kerana Islam diisytiharkan sebagai agama rasmi dan dianuti oleh sultan serta rakyatnya.
4. Pusat penyebaran ilmu pengetahuan Istana Melaka berperanan
sebagai pusat pengembangan bahasa, kebudayaan dan kesusasteraan.
kejatuhan Melaka
Kegemilangan Melaka terserlah semasa pemerintahan Sultan Mansur Syah(1456 1477). Namun, pengaruh kerajaan Melaka didapati semakin merosot pada akhir abad ke-15, terutama semasa pemerintahan Sultan Mahmud Syah. Antara faktor yang menyumbang kepada kemerosotan kerajaan ini ialah:
KETIADAAN PEMIMPIN YANG CEKAP
Ketiadaan pemimpin yang cekap bermula daripada zaman pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Syah. Baginda mempunyai sikap yang amat berbeza dengan ayahandanya, Sultan Mansor Syah yang sangat gagah, berani dan tegas. Sultan Alauddin, walaupun merupakan seorang yang berani dan tegas, namun bersikap lembut dan tidak suka akan kekerasan.
Oleh itu, tidak banyak perluasan wilayah berlaku pada zaman baginda. Ini menyebabkan banyak wilayah-wilayah jajahan cuba membebaskan diri dan membentuk autonomi masing-masing. Sementara itu dari segi pembesar pula, bendahara-bendahara yang menggantikan Tun Perak didapati tidak secergas dan sebijaksana beliau. Misalnya, adik Tun Perak iaitu Tun Perpatih Putih yang menggantikan beliau merupakan seorang yang pemboros.
Demikian juga Tun Mutahir yang lebih memberi tumpuan kepada keinginan menambahkan kekayaan berbanding mengutamakan pentadbiran kerajaan. Selain daripada bendahara, dari segi pertahanan ketenteraan dan kepahlawanan, ketiadaan pahlawan-pahlawan yang handal seperti Hang Tuah dan Tun Hamzah telah melemahkan lagi aspek pertahanan kerajaan.
2. PEMERINTAHAN YANG ZALIM
Di samping itu, walaupun agama Islam menjadi anutan dan disebarkan secara meluas di Melaka, pegangan dan amalannya di kalangan pembesar dan rakyat terlalu nipis dan tidak dihayati sepenuhnya. Justeru itu, banyak berlaku kezaliman, ketidakadilan dan penindasan. Fenomena ini boleh dikaitkan juga dengan meningkatnya kegiatan rasuah di kalangan pembesar-pembesar kerana terlalu mengejar kekayaan.
3. RAKYAT BERPECAH-BELAH DAN TIDAK BERSATU-PADU
Kurangnya semangat perpaduan di kalangan rakyat juga mengundang kepada kemerosotan Melaka. Pembesar dan rakyat hidup berpuak-puak, misalnya wujud puak tua (kumpulan Sultan Mahmud) dan puak muda (kumpulan Sultan Ahmad) yang tidak bersefahaman. Demikian juga, wujud pertelingkahan antara kaum India-Muslim dengan kaum Melayu.
4. PEDAGANG MULA MENGALIHKAN PUSAT PERDAGANGANNYA KE TEMPAT LAIN
Sikap tidak adil pembesar juga seperti mengenakan cukai yang berlebihan kepada pedagang-pedagang menyebabkan mereka menjadi marah dan mula mencari pelabuhan lain seperti Aceh, Bentan, Patani dan Brunei untuk menjalankan kegiatan perdagangan mereka.
5. TIDAK ADA KEKUATAN TENTERA DAN PERTAHANAN
Kerajaan Melaka masih lagi belum maju dari segi ketenteraan, strategi perang dan juga senjata. Tentera Melaka masih lagi mengamalkan kaedah lama, iaitu menggunakan keris dan pedang sedangkan pihak Portugis menggunakan senjata yang lebih canggih iaitu menggunakan senapang dan peluru.
Faktor Luaran
Dalam bahagian ini, kita akan mempelajari tentang penemuan jalanan laut melalui Tanjung Harapan di selatan Afrika oleh Bartholomew Diaz pada tahun 1488. Akibat bermulanya aktiviti penjelajahan di Eropah ke Timur dengan penemuan Tanjung Harapan pada tahun 1488 menyebabkan kuasa-kuasa Barat mula berminat dengan tapak-tapak perdagangan di kawasan timur. Pihak Portugis telah menyerang Melaka pada tahun 1509 dan 1511.
Pada masa itu, Melaka tidak mempunyai kubu yang kuat di samping sukar menandingi alat-alat senjata angkatan Portugis yang lebih canggih dan moden. Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511, iaitu kepada angkatan Portugis yang dipimpin oleh Alfonso de Alburqueque.
- kerajaan Johor
pengasasan kesultanan Johor
Nama asal negeri Johor ialah Ujong Tanah. Perkataan Johor berasal daripada perkataan Arab,Jim, Ha, Ra yang disebut Jauhar yang bermakna permata. Penduduk tempatan menyebutnya sebagai Johor.
Pengasasan Johor bermula apabila Sultan Mahmud membangunkan Johor di sana setelah Melaka diserang dan ditawan oleh Portugis. Putera Sultan Mahmud Shah , Raja Ali, dilantik sebagai sultan yang baru dengan gelaran Sultan Alauddin Riayat Shah II (1528-1564).
Sultan Alauddin telah menerus dan menyambung warisan Kesultanan Melayu Melaka di Johor.
Sebagai contoh kepada penerusan warisan tersebut ialah jawatan Seri Nara Diraja di Johor sama dengan gelaran jawatan Penghulu Bendahari yang wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka.
Tugas Seri Nara Diraja ialah mengawal semua pendapatan negara, mentadbir istana, dan mengawal hamba sultan.
perdagangan di Johor
- kerajaan Johor
Pengasasan Johor bermula apabila Sultan Mahmud membangunkan Johor di sana setelah Melaka diserang dan ditawan oleh Portugis. Putera Sultan Mahmud Shah , Raja Ali, dilantik sebagai sultan yang baru dengan gelaran Sultan Alauddin Riayat Shah II (1528-1564).
Sultan Alauddin telah menerus dan menyambung warisan Kesultanan Melayu Melaka di Johor.
Sebagai contoh kepada penerusan warisan tersebut ialah jawatan Seri Nara Diraja di Johor sama dengan gelaran jawatan Penghulu Bendahari yang wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka.
Tugas Seri Nara Diraja ialah mengawal semua pendapatan negara, mentadbir istana, dan mengawal hamba sultan.
- Johor dapat kumpulkan hasil dagangan kerana mempunyai jajahan takluk yang luas.
- Johor – pelabuhan entrepot bagi Kepulauan Melayu.
- Kapal dagang Johor berdagang hingga ke Maluku dan Makasar.
- Ramai pedagang asing datang ke Johor spt pedagang China dari Canton dan Amoy.
- Kapal dagang barat turut ke pelabuhan Johor seperti kapal dagang Belanda dan Inggeris.
- Ketika Sultan Mahmud Shah II pusat pentadbiran dan pelabuhan Johor telah berpindah dari Batu Sawar ke Riau.
- Barangan tempatan yang diperdagangkan termasuklah damar, tikar, bijih timah, sagu, minyak, lada hitam, pinang, ikan masin, garam, kayu gahuru dan beras
- Johor sebagai pembekal kain corak baru
- Barangan luar negeri yang didagangkan seperti benang emas, kain sutera putih, teh, tembikar dan tembaga dari China.
- Pelabuhan Johor mempunyai kemudahan seperti gudang dan khidmat membaiki kapal.
- Perdagangan dijalankan melalui :
i cara tukar barang
ii mata wang. - Mata wang emas dikenali sebagai mas
- Mata wang perak dikenali sebagai kupang
- Mata wang timah dikenali sebagai katun.
- Mata wang diperkenalkan ketika Sultan Alauddin Riayat Shah II.
- Mata wang asing digunakan di pelabuhan Johor seperti :
i Dolar Sepanyol
ii Dolar Mexico
iii duit Belanda. - Johor cekap mentadbir pelabuhannya dan mengamalkan cukai yang berpatutan.
- Setiap bahara lada hitam – dikenakan cukai sebanyak enam keping emas.
- Setiap bahara timah – cukainya sepuluh keping emas.
- Keselamatan pedagang asing, sistem naungan diamalkan.
- Setiap pedagang asing akan dilindungi oleh :
i Bendahara
ii Raja Indera Bongsu
iii Temenggung
iv Laksamana. - Keselamatan pedagang dan kapal dibantu oleh Orang Laut.
- Orang Laut menjadi :
i pengawal pelabuhan
ii pengawas perairan Johor
iii Penunda
iv penunjuk arah kepada pedagang. - Keistimewaan pelabuhan Johor
i terlindung daripada tiupan angin monsun.
ii jadi pintu masuk di selatan Selat Melaka
iii kawal lalu lintas kapal dagang dari Barat dan Timur.
iv menjadi pusat membina kapal persisiran pantai seperti banteng, baluk, kolek, pencalang dan pencacap.
pendudukan kuasa asing
- PORTUGIS
Orang Portugis adalah bangsa Eropah yang pertama datang ke Timur dan tiba ke Melaka dengan tujuan kedatangan mereka berkaitan dengan perdagangan rempah. Permintaan rempah sangat tinggi di Eropah. Rempah selalunya digunakan untuk mengawet makanan dan menambahkan kelazatannya dan mereka datang ke Timur sebab mahu mendapatkan rempah terus dari Kepulauan Melayu.
Ketika itu perdagangan rempah ini dimonopoli oleh saudagar Islam dan Portugis ingin memecahkan monopoli perdagangan rempah yang dikuasai oleh saudagar Islam sejak sekian lamanya.
Tambahan pula, orang Portugis telah lama memusuhi orang Islam sejak mereka kalah dalam Perang Salib pada kurun ke 12 dan mereka ingin meneruskan peperangan tersebut dan ingin menghancurkan kerajaan Islam di Timur serta menyebarkan ajaran Kristian.
Raja Portugal juga menggalakkan rakyatnya melakukan pengembaraan ke seluruh dunia dan menghantar rombongan untuk mencari jalan laut ke Timur.
Penaklukan Melaka oleh Portugis pada 1511 telah memulakan suatu era baru campurtangan kuasa Barat di rantau Asia Tenggara khususnya di Tanah Melayu. Menyedari bahawa rantau Asia Tenggara memiliki kekayaan, khususnya pusat pengeluaran rempah yang pada masa itu menjadi barang dagangan paling berharga, ini telah menyebabkan kuasa Barat berlumba-lumba menjelajah ke Asia Tenggara dengan tujuan untuk mendapatkan dan memonopoli perdagangan rempah, meluaskan pasaran serta pengaruh politik mereka.
Kejatuhan Melaka ke tangan orang Portugis pada 1511 telah menandakan bermulanya penjajahan kuasa Barat di Kepulauan Melayu. Penaklukan Melaka oleh Portugis berdasarkan kepentingan ekonomi kerana Portugis berhasrat menggunakan pelabuhan Melaka sebagai pengkalan untuk mengawal kuasa perdagangan mereka di Pulau Hindia Timur.
Di samping itu, kedatangan Portugis ke Timur adalah bertujuan untuk menghancurkan agama Islam dan mengembangkan agama Kristian serta memecahkan monopoli perdagangan yang selama ini dikuasai oleh orang Islam. Orang yang bertanggungjawab merencanakan strategi menawan Melaka ialah Alfonso d’ Albuquerque.
Bagi mencapai matlamatnya, Albuquerque telah menawan Goa di India pada 1510 untuk dijadikan markas kekuasaan dan gerakan Portugis di Timur. Pada 1509, Lopez de Sequeira telah dihantar untuk memulakan hubungan dagang dengan Melaka.
Melaka ketika itu masih menjadi pusat perdagangan dan penyebaran Islam yang terkenal ketika angkatan laut Portugis diketuai Lopez de Sequira tiba. Ketibaan Portugis di Melaka adalah bermula setelah mereka diarahkan oleh Raja Manuel untuk mendapatkan pangkalan Portugis di Melaka.
Pada mulanya rombongan Portugis itu disambut baik oleh Sultan Mahmud dan dibenarkan berniaga. Tetapi keadaan ni kemudian berubah apabila saudagar Islam dari India telah menasihatkan Bendahara Tun Mutahir supaya berhati-hati dengan orang Portugis yang di anggap musuh Islam.
Bendahara telah memujuk Sultan Mahmud supaya bertindak ke atas orang Portugis. Baginda akhirnya memerintahkan semua orang Portugis ditangkap dan ditahan termasuk seorang pegawai kanan rombangan tersebut iaitu Ruy de Araujo.
Bagaimanapun, beberapa orang daripada rombangan itu telah terbunuh dan ada yang dapat melarikan diri ke Goa termasuk ketuanya Lopez de Seqeuira.
Peristiwa tersebut telah memberi sebab dan peluang kepada Portugis untuk menyerang Melaka. Walaupun Melaka aman dan makmur, beberapa pergolakan dalam istana yang telah menyebabkan kelemahan pentadbirannya.
Apabila berita penahanan rombongan Portugis di Melaka sampai ke Goa & Lisbon, Wizurai (Viceroy-wakil/gabenor untuk Raja) Portugis di Goa, Alfonso d’ Albuquerque telah menyiapkan angkatan perang untuk menyerang Melaka. Dengan alasan penahanan rombongan tersebut, Alfonso telah menghantar angkatan tenteranya untuk menyerang Melaka. Serangan ke atas Melaka telah dimulakan pada 1 Julai 1511 dan akhirnya Melaka telah berjaya ditakluki oleh Portugis pada bulan Ogos 1511.
Raja Portugal menghantar sepasukan tentera laut di bawah pimpinan Diego Mendez untuk tujuan yang sama dan angkatan tentera ini telah bergabung dengan angkatan tentera Alfonso menjadi angkatan perang yang besar.
- BELANDA
Tekanan yang dihadapi oleh Belanda di Eropah di abad ke- 16 telah menguatkan lagi azam Belanda untuk menjadi bangsa yang merdeka, berkuasa, kuat dan berdaulat.Penindasan Sepanyol ke atas Belanda, penutupan pelabuhan Lisbon terhadap kapal Belanda dan penerbitan buku Itinerario oleh Van Linschoten yang membongkar rahsia jalan laut dan tempat yang kaya dengan hasil rempah telah mendorong orang Belanda mengembangkan pengaruh ke rantau Asia Tenggara.
Belanda mula memberi perhatian kepada gugusan Kepulauan Melayu pada hujung kurun ke 17 bagi memperolehi rempah secara langsung dari timur dan bukan melalui orang Portugis. Dalam usaha menyatukan kekuasaan Belanda di Timur, seluruh kapal perniagaan Belanda yang berdagang di Timur telah digabungkan dan dikenali sebagai Syarikat Hindia Timur Belanda.
Oleh itu, untuk menguasai gugusan ini mereka perlu menguasai Melaka yang merupakan tempat strategik. Bagi mengukuhkan kedudukannya pihak Belanda telah berjaya menawan dan menubuhkan pusat pentadbiran di Betawi. Setelah kedudukannya menjadi bertambah kukuh, hasrat Belanda untuk menawan Melaka telah diteruskan. Di samping itu, pada 1606, Belanda telah mengikat perjanjian dengan Negeri Johor untuk membuat pakatan bagi melancarkan serangan bersama ke atas Portugis di Melaka.
Beberapa percubaan Belanda untuk mendapatkan Melaka daripada penguasan Portugis pada tahun 1606, 1608, 1623 hingga 1627 telah gagal. Namun orang Belanda dapat menewaskan Portugis selepas enam bulan dikepung dan diserang oleh askar Belanda yang dibantu askar Johor terdiri daripada 40 buah perahu perang membawa 1500 orang askar Melayu pimpinan Laksaman Tun Abdul Jamil. Pada 14 atau 16 Januari 1641 Belanda berkuasa di Melaka setelah 130 tahun Portugis menduduki Melaka(1511-1641).
Belanda meluaskan perdagangan di Tanah Melayu dengan membuat perjanjian perdagangan yang biasanya menguntungkan Belanda sahaja . Ini menimbulkan penentangan orang Melayu khususnya pembesar-pembesar terutama di Naning, Perak, Johor, dan Selangor.
REAKSI MASYARAKAT TEMPATAN TERHADAP PENJAJAHAN BRITISH
REAKSI AWAL MASYARAKAT TEMPATAN
- Penentangan Di Naning
Melalui Perjanjian Inggeris - Belanda pada 17 Mac 1824, Malaka diletakkan di bawah kuasa British. British mendakwa Naning merupakan sebahagian daripada wilayah Melaka (Naning terletak di sempadan daripada antara Melaka dan Negeri Sembilan). Gabenor Fullerton berpendapat penduduk Naning perlu membayar 1/10 daripada hasil ekonomi mereka kepada kerajaan British di Melaka. Hal ini mendapat tentangan daripada Dol Said iaitu penghulu Naning.
- Penentangan Di Perak
Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874, telah meletakkan J.W.W. Birch sebagai Residen British yang pertama di Perak. Sistem Residen tidak mendapat kerjasama daripada Sultan Abdullah dan pembesar Melayu yang lain disebabkan oleh sikap Birch. Ketidakpuasan terhadap Sistem Residen dan sikap peribadi Birch telah membawa kepada komplot antara pembesar Melayu untuk membunuhnya.
Sultan Abdullah dan Raja Ismail telah menghantar senjata kepada Dato Maharajalela dan beliau telah mengarahkan supaya Pandak Indut dan Seputum membunuh Birch. Birch telah berjaya dibunuh di Pasir Salak pada 12 November 1875. Terdapat juga beberapa sebab lain yang menjadi punca penentangan di Perak iaitu:
i. Kerajaan British dan Birch telah menyekat hak untuk mengutip cukai yang sebelum ini diamalkan oleh pembesar Melayu. Kutipan cukai adalah sumber pendapatan utama pembesar Melayu ketika itu.
ii. Kerajaan British telah menggunakan Birch untuk memaksa Sultan Abdullah menandatangani surat penyerahan kuasa kepada kerajaan Inggeris.
iii. Pembaharuan yang diperkenalkan terlalu mendadak. Contohnya menghapuskan sistem pengabadian iaitu seseorang menjadi hamba pemiutang kerana tidak mampu untuk membayar hutang. Selain itu, Birch juga memberi perlindungan kepada hamba-hamba yang lari daripada tuannya. Campurtangan dalam adat istiadat orang Melayu juga telah menambahkan kemarahan kepada pembesar Melayu.
iv. Sikap Birch juga telah menambahkan kemarahan pembesar Melayu. Antaranya seperti Birch telah melaksanakan pembaharuan yang terburu-buru dan tindakannya itu tidak mengambil kira perasaan orang Melayu. Birch juga tidak pandai berbahasa Melayu dan ini telah menyukarkan beliau untuk berkomunikasi dengan orang Melayu. Selain itu, sikap Birch yang sangat kasar misalnya beliau pernah membakar rumah 2 orang pembesar Perak iaitu Raja Ngah Ibrahim dan Tengku Paling Besar yang berkuasa memungut cukai.
- Penentangan Di Kelantan
Melalui perjanjian Inggeris – Siam (Perjanjian Bangkok), kuasa Siam ke atas Kelantan telah diserahkan kepada British. James Scott Mason telah dilantik menjadi penasihat British yang pertama di Kelantan. Penentangan yang tercetus di Kelantan telah dipimpin oleh seorang pedagang tempatan iaitu Haji Hassan bin Munas (Tok Janggut).
Antara sebab-sebab berlakunya penentangan di Kelantan adalah
a. Ketidakpuasan Hati Engku Besar Jeram
Perlantikan pegawai daerah di Pasir Puteh telah mengakibatkan kehilangan kuasa tradisional pembesar Melayu iaitu Engku Besar Jeram Tun Ahmad. Beliau telah kehilangan kuasa dan dipaksa membayar cukai.
b. Pengenalan Sistem Tanah Baharu 1915
Sistem tanah baharu ini diperkenalkan di mana orang ramai perlu membayar sewa yang tetap.
c. Pengenalan Cukai Pertanian
British telah mengenakan cukai terhadap hasil tanaman utama penduduk Kelantan iaitu padi dan kelapa.
d. Sikap Pegawai Daerah Pasir Puteh
Pegawai Daerah Pasir Puteh yang dilantik oleh British iaitu Che Abdul Latif ialah seorang yang kasar dan terlalu tegas. Beliau telah mencaci pembayar cukai yang lewat. Perasaan tidak puas hati ini telah mencetuskan pemberontakan yang diketuai oleh Tok Janggut di Pasir Puteh pada 29 April 1915. Dengan bantuan Sultan Kelantan, British telah berjaya menumpaskan pemberontakan ini dan berjaya membunuh Tok Janggut pada 24 Mei 1915.
- Penentangan Di Terengganu
Pemberontakan di Terengganu diketuai oleh Haji Abdul Rahman bin Abdul Hamid (Haji Abdul Rahman Limbong). Pemberontakan ini juga dikenali sebagai Pemberontakan Tani.
Faktor–faktor penentangan di Terengganu ialah:
i. Kerajaan British telah mengenakan cukai terhadap hasil tanah dan rakyat juga dikenakan cukai kepala.
ii. British memperkenalkan sistem pendidikan barat yang berbeza dengan sistem pendididkan tradisional.
iii. British memperkenalkan Pas Kebenaran kepada sesiapa yang membuka tanah, bercucuk tanam dan memungut hasil hutan yang sebelum ini menjadi hak awam.
PENDUDUKAN JEPUN
1. Jepun bangkit sebagai sebuah kuasa imperialis di Asia apabila Maharaja Meiji mula berkuasa
pada tahun 1868.
2. Maharaja Meiji telah memulakan pemulihan yang lebih menekankan pemodenan dan
perindustrian.
3. Maharaja Meiji telah menjadikan negara-negara Barat sebagai model untuk memajukan Jepun.
4. Mangsa pertama, dasar imperialis Jepun ialah China, iaitu apabila Jepun memenangi Perang
China-Jepun pada tahun 1895.
5. Menjelang abad ke- 20, iaitu pada tahun 1905, Jepun telah diiktiraf sebagai sebuah kuasa besar oleh Britian
kedatangan Jepun
1. Penduduk Jepun di negara kita didorong oleh beberapa faktor terutamanya masalah ekonomi yang
sedang dihadapi oleh negara tersebut.
2. Penduduk Jepun semakin bertambah, manakala tanah pertanian semakin berkurang.
3. Justeru itu, Jepun terpaksa beralih ke sektor perindustrian, tetapi Jepun mengalami kekurangan
bahan mentah.
4. Antara bahan mentah yang amat diperlukan oleh Jepun ialah :
(a) Petroleum
(b) Bijih timah
(c) Besi
(d) Getah
5. Selain itu, Jepun juga memerlukan kawasan pasaran baharu untuk memasarkan hasil
perindustriannya.
6. Amerika Syarikat pula pada masa yang sama bertindak mengenakan sekatan ekonomi terhadap
Jepun.
7. Ini adalah disebabkan Jepun enggan berundur dari negara China.
8. Pada tahun 1940-an, golongan tentera amat berpengaruh dalam pemerintahan Jepun.
9. Untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Jepun, golongan tentera berpendapat bahawa
penaklukan adalah jalan terbaik.
10. Selain cara ketenteraan, Jepun juga telah menggunakan propaganda untuk mempengaruhi
penduduk tempatan.
11. Slogan-slogan seperti 'Asia untuk Orang Asia' dan 'Lingkungan Kesemakmuran Bersama Asia Timur
Raya' telah menambat hati penduduk tempatan memberi sokongan terhadap penjajahan Jepun.
12. Slogan-slogan ini, jelas berunsur antipenjajah Barat dan lebih menonjolkan imej Jepun sebagai
pembela negara-negara yang dijajah Barat.
13. Strategi yang digunakan oleh Jepun ini amat berkesan sehingga kehadirannya tidak begitu
dirasakan sebagai penjajah baharu selepas penjajah British.
14. Jepun juga menggunakan poster sebagai propagandanya untuk memenangi penduduk tempatan.
Pada poster tersebut tertera 'Ya Allah peliharalah kami oleh tentera Jepun daripada aniaya'.
15. Penggunaan tulisan jawi dan kalimah 'Ya Allah' digunakan untuk menarik orang Melayu yang beragama Islam menyokong Jepun.
KESAN PENDUDUKAN JEPUN
- EKONOMI
Akibat daripada pendudukan Jepun, Tanah Melayu terpaksa menghadapi tekanan ekonomi yang sangat teruk. Dasar Jepun yang memonopoli ekonomi Tanah Melayu menyebabkan penderitaan kepada rakyat. Perlombongan dan perniagaan dikuasai oleh pihak Jepun menyebabkan orang-orang cina dan Eropah kehilangan hak terhadap perniagaan mereka. Jepun juga turut menguasai ladang kelapa sawit dan kelapa mengawal penjualan getah menyebabkan perusahaan getah tidak berkembang pada waktu itu. Beras yang menjadi makan utama juga dikawal. Jepun juga mengamalkan dasar pintu tertutup dengan tidak menjalinkan hubungan dengan pihak luar. Kesannya, barangan tidak dapan dieksport dan juga dimport. Akibat daripada ketiadaan hubungan perdagangan dengan kuasa luar, Tanah Melayu menghadapi dua masalah besar iaitu masalah kekurangan makanan dan kehilangan pertukaran mata wang asing.
Oleh itu Jepun menjadikan bidang pertanian sebagai satu kegiatan umum bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan makanan. Penduduk tempatan juga digalakkan untuk melibatkan diri dalam pertanian sara diri iaitu menanam bahan-bahan makanan sendiri yang cepat mengeluarkan hasil seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan ubi kayu. Namun begitu, usaha yang dilakukan oleh Jepun untuk memulihkan ekonomi Tanah Melayu semakin lumpuh kerana kurang mendapat sambutan. Akibat daripada itu, Jepun telah mengadakan kawalan harga pada bulan Mei 1942. Pada bulan April 1943, Jepun telah memulakan catuan ke atas pembelian beras di mana setiap keluarga hanya diperuntukan beras sebanyak dua gantang untuk keperluan sebulan. Kesannya, penduduk tempatan terpaksa beralih kepada makanan lain seperti ubi kayu, keledek dan juga keladi. Kekurangan bekalan makanan juga telah menyebabkan kenaikan harga yang melambung dan menimbulkan masalah inflasi. Permintaan yang bertambah berbanding dengan barangan yang ada menyebkan barangan di pasaran semakin tinggi. Kegiatan pasar gelap juga semakin berkembang. Pemerintah Jepun mencetak “Duit Pisang” atau Wang Pokok Pisang dengan banyak untuk mengatasi masalah kekurangan wang tetapi ini lebih memburukkan lagi keadaan dan menjadikan nilai wang Jepun rendah di pasaran.
- SOSIAL
Akibat daripada tekanan ekonomi, kesihatan rakyat turut terjejas. Hal ini berlaku kerana terdedah kepada pelbagai penyakit dan amalan pemakan yang tidak sempurna. Oleh itu mereka mudah dijangkiti penyakit seperti beri-beri dan bengkak kerana terlalu banyak makan ubi kayu dan kurang makan daging. Kekurangan zat makan menyebabkan jumlah kematian meningkat secara mendadak. Keadaan ini diburukkan lagi apabila bekalan ubat-ubatan tidak lagi dihantar ke klinik-klinik tetapi digunakan untuk keperluan tentera Jepun. Dalam usaha untuk menjepunkan penduduk Tanah Melayu pula, Jepun telah mengabil beberapa tindakan. Antaranya ialah menutup sekolah Inggeris dan memberi tumpuan kepada pelajaran Bahasa Jepun.
Nyayian dan muzik juga digunakan untuk menyebarkan budaya Jepun ke atas penduduk Tanah Melayu. Lagu Kebangsaan Jepun iaitu Kimigayo telah diajar kepada murid-murid sekolah. Jepun juga memperkenalkan penggunaan bahasa Jepun (Nippon-go) bagi menggantikan bahasa Inggeris. Bahasa ini diajarkan di sekolah-sekolah , kelab-kelab sosial dan kilang-kilang. Hari-hari kelepasan am dan juga cuti umum juga dilaksanakan mengikut kepada Negara Jepun. Nama-nama orang turut diubah kepada nama Jepun. Contohnya, orang ramai tidak lagi dipanggil dengan nama Encik Ali tetapi dipanggil Ali san. Semua perubahan yang diperkenalkan oleh pemerintah Jepun menerusi dasar Niponisasi ini berlaku secara meluas di Bandar-bandar.
- POLITIK
Kemenangan orang Jepun telah menaikkan semangat orang Asia yang selama ini menganggap British tidak boleh dikalahkan. Sekaligus ini menaikkan semangat kebangsaan Negara di Asia. Di Tanah Melayu, Jepun tidak lagi menggalakan perkembangan nasionalisme kerana ingin menjadikan Tanah Melayu sebagai tanah jajahannya. Parti politk seperti Kesatuan Melayu Muda (KMM) juga terpaksa di bubarkan apabila Jepun mengharamkan kegiatan parti politik. Kegiatan parti politk hanya digalakkan ketika Jepun hampir kalah. Atas asas inilah nasionalis melayu digalakkan menubuhkan KRIS atau Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung atau kekuatan Rakyat Istimewa. KRIS merancang untuk merdeka bersama Indonesia seperti yang dijanjikan tetapi tidak berjaya dilaksanakan. Pendudukan Jepun juga telah memberikan pengalaman dan peluang dalam bidang pentadbiran terhadap orang-orang Melayu. Ini memberikan kayakinan kepada mereka untuk mentadbir Negara sendiri.
blog copy&paste ke nie ?
ReplyDelete