LANGKAH - LANGKAH PEMULIHAN ALAM SEKITAR DI MALAYSIA.
Penghutanan semula
Penghutanan semula
ialah kegiatan menanam semula hutan yang telah ditebang dengan spesies pokok
yang cepat tumbuh dan bermutu. Melalui cara ini kelenbapan suhu dapat dikekalkan
dan seterusnya masalah peningkatan suhu alam sekitar dapat dielakkan terutamanya
di kawasan bandar-bandar besar seperti di kuala lumpur. Contohnya, pokok
jenispain, batai, dan sesenduk telah ditanam di Bukit Tinggi, Pahang.
Jabatan Perhutanan Malaysia perlu memainkan peranan penting bagi melaksanakan
langkah ini dengan cekap dan efisyen.Contoh penghutanan semula yang telah
dilaksanakan adalah seperti di Hutan Simpan Kemasul,Pahang dan Hutan Simpan
Paya Laut, Perak.
Penggunaan baja organik
Masyarakat sekarang
terutamanya petani digalakkan supaya menggunakan baja organik atau baja asli
daripada najis haiwan seperti najis lembu dan ayam serta sisa-sisa tanaman untuk
menggantikan penggunaan baja kimia yang selalu digunakan oleh petani moden
pada zaman sekarang. Kebanyakan petani moden yang menggunakan baja kimia secara
kerap telah banyak mendatangkan masalah kepada alam sekitar terutamanya kepada
masalah pencemaran air.petani yang menggunakan baja organik dapat menambahkan
kesuburan tanah, baja organik juga adalah lebih murah, tidak perlu diproses, dan
tidak mencemarkan alam sekitar.Contohnya, peladang lada hitam di Sarawak
menggunakan guano, iaitu campuran najis burung dan kelawar sebagai baja.
Kaedah biologi
Peladang kelapa sawit
di negara kita menggunakan kaedah biologi untuk mengawal makhluk perosak.
Kebanyakan peladang sekarang jarang menggunakan kaedah biologi ini kerana kaedah
ini dianggap sudah ketiggalan zaman. Kaedah biologi yang digunakan ini
dapat mengurangkan penggunaan racun serangga dan racun rumpai yang
dapat menyebabkan berlakunya pencemarkan alam sekitar.Contohnya, diladang kelapa
sawit, ular, burung hantu, dan burung helang digunakan untuk menangkap tikus,
burung, dan tupai yang merosakkan buah kelapa sawit.
Pertanian tetap
Kerajaan menggalakkan petani-petani tradisional yang
mengamalkan pertanian pindah supaya mengubah cara penanaman mereka
kepada pertanian tetap. Kebanyakan petani di kawasan pedalaman masih menjalankan
pertanian jenis pindah.
KESIMPULAN
Saya berharap agar semua penduduk Malaysia berusaha untuk melakukan langkah-langkah seperti di atas supaya negara Malaysia terjamin bersih.
No comments:
Post a Comment